Pemain PJ City maut, motosikal ditunggang terbabas

Pemain PJ City maut, motosikal ditunggang terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain bola sepak pasukan Petaling Jaya City (PJ City FC) maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Sri Batu Caves, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, P. Rajesh, 37, yang menunggang motosikal jenis skuter Benelli 125i dalam perjalanan dari arah Batu Muda menghala ke Batu Caves.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Selayang untuk proses bedah siasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya