Pelaksanaan SKSPS secara berperingkat- Perkeso

Pelaksanaan SKSPS secara berperingkat- Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan caruman mandatori Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) secara berperingkat kepada semua sektor pekerjaan.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pelaksanaannya melibatkan sektor- sektor yang berisiko tinggi seperti pengangkutan, pertanian, penternakan, perhutanan, perikanan dan kesenian.

“Inisiatif ini akan melibatkan kerjasama strategik antara Perkeso dan agensi–agensi kawal selia sektor berkenaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Kerjasama itu juga melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tekun Nasional, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohammed Azman, bermula tahun hadapan, inisiatif berkenaan turut diperluas kepada golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS) dalam sektor pendidikan, sukan tempatan dan ekonomi digital.

“Kerajaan akan menanggung bayaran caruman SKSPS sebanyak 80 peratus bagi pelbagai kumpulan sasar OBS seperti penghantar makanan, petani, nelayan, penjaja dan lain-lain.

“Kerajaan juga akan meneruskan pembiayaan penuh caruman bagi OBS yang berkhidmat sebagai sukarelawan dalam sektor awam seperti Sukarelawan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta perkhidmatan rumah ibadat menerusi program SPS Khidmat,” katanya.

Selain itu katanya, sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif ini yang akan memberi manfaat kepada lebih 756,000 OBS di seluruh Malaysia dan sehingga 28 September lalu, seramai 562,797 individu yang bekerja sendiri telah mencarum dan dilindungi Perkeso menerusi SKSPS,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Perkeso komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif Bajet 2023 yang dipertanggungjawab ke atas agensi itu bagi menambah baik jaringan perlindungan sosial di negara ini.

“Ia merangkumi bantuan padanan caruman kepada golongan bekerja sendiri, Program Insentif Penggajian, penambahbaikan Pusat Satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Penempatan Pekerjaan Kebangsaan (National Placement Centre), perlindungan kepada suri rumah dan Program Saringan Kesihatan Perkeso,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya