Pelakon Lee Ji Han antara korban tragedi Halloween Itaewon

Pelakon Lee Ji Han antara korban tragedi Halloween Itaewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon dan bekas peserta rancangan Produce 101 Season 2, Lee Ji Han, 29, merupakan antara 151 yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Itaewon, Sabtu lalu.

Portal Soompi yang memetik agensi pengurusan Ji Han, 935 Entertainment, mengesahkan perkara itu, semalam.

“Lee Ji Han disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Itaewon pada 29 Oktober lepas.

“Kami terkejut dan sebenarnya berharap berita itu palsu. Keluarganya sedang berduka. Semoga mendiang berehat dengan tenang di sana,” jelasnya.

Berita kematian pelakon tersebut tersebar selepas beberapa rakan pelakon termasuk Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi perkara itu di Instagram masing-masing.

Ji Han membuat penampilan awal dalam industi hiburan Korea Selatan sebagai peserta Produce 101 musim kedua yang ditayangkan pada 2017.

Dia seterusnya ditawarkan berlakon dalam drama Today Was Another Nam Hyun Day pada 2019.

Sekurang-kurangnya 151 terbunuh dalam kejadian rempuhan yang berlaku ketika sambutan perayaan Halloween di Itaewon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya