Pelajar UMS dinasihatkan waspada taktik penipuan rumah sewa

Pelajar UMS dinasihatkan waspada taktik penipuan rumah sewa

KAMPUS UMS di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menasihati pelajarnya agar berwaspada dengan taktik scammer yang menawarkan rumah sewa di sekitar kampus UMS yang giat dipromosikan menerusi media sosial.

DR KASIM MANSOR

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, pelajar baharu dan lama perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi yang dijalankan penipu dalam talian ini.

“Isu ini timbul apabila pelajar akan mula kembali ke kampus dan meneruskan pengajian secara bersemuka semasa semester dibuka kelak. Ia memberi ruang kepada scammer untuk mengaut keuntungan.

“Justeru, saya menyarankan kepada pelajar untuk merujuk kepada Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) UMS bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan rumah sewa bagi mengelak daripada ditipu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar mendedahkan 10 pelajar UMS yang mencari rumah sewa telah ditipu dengan kerugian mencecah RM30,000.

Justeru, Kasim turut mengingatkan agar pelajar-pelajar yang mencari rumah sewa sendiri perlu membuat semakan dan memeriksa rumah yang bakal diduduki terlebih dahulu sebelum membuat bayaran deposit bagi mengelakkan mereka ditipu.

Menurut beliau, rumah yang hendak disewakan kepada pelajar juga seharusnya memenuhi keperluan minimum yang telah ditetapkan seperti penyediaan bekalan elektrik, air, kipas, tandas dan dapur.

“Kita tidak mahu penyewa mengambil kesempatan dengan menyediakan kemudahan yang tidak sesuai dan tidak lengkap yang akan menyusahkan pelajar kita nanti.

“Pemilik rumah di sekitar UMS yang berminat untuk menyewakan rumah atau bilik kepada pelajar boleh berhubung dengan PNRF, UMS agar pihak kami dapat mengenal pasti dan mengesahkan yang penyewa bukanlah scammer,” katanya.

Jelas beliau, laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/ sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memudahkan pelajar mendapat maklumat dan senarai rumah sewa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya