Pelajar institusi bawah KPM diberi cuti mengundi

Pelajar institusi bawah KPM diberi cuti mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pelajar di institut pendidikan guru, kolej matrikulasi, kolej vokasional dan tingkatan enam diberi cuti pelepasan bagi membolehkan mereka pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, tarikh yang diberikan bermula 17 November hingga 21 November ini.

Katanya, ketetapan tersebut dibuat selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU15 yang telah ditetapkan pada 19 November ini.

“Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, katanya, langkah itu juga tanda sokongan kementerian bagi pelaksanaan Undi-18.

“Ketetapan ini juga sebagai tanda sokongan KPM bagi pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan kerajaan pada 1 Disember 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.

“Sehubungan dengan ini, semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya