PDRM siap sedia hadapi PRU15 

PDRM siap sedia hadapi PRU15 

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, PDRM sentiasa membuat persediaan rapi termasuk dari sudut sumber manusia dan aset bagi memastikan kelancaran PRU-15.

“Dengan persiapan yang telah kita lakukan, kita berdoa mudah-mudahan PRU-15 dapat dijalankan dengan lancar, tenteram, aman serta terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Pengkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, dekat sini hari ini.

Spekulasi PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat semakin bertiup kencang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Acryl Sani serta Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya selama hampir lima jam mulai pukul 11 pagi kelmarin.

Sementara itu dalam ucapannya sempena sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75, Acryl Sani berkata, sebanyak 5,103 kes melibatkan kesalahan penyeludupan kontraban, migran, khazanah negara, dadah dan sebagainya melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM292,621,167  dikesan pihak berkuasa berkenaan dari Januari hingga Ogos lalu.

Jumlah itu katanya, meningkat berbanding 4,463 kes melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM247,178,076 sepanjang tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan jumlah kes serta nilai rampasan bagi tempoh kajian ini membuktikan tindakan proaktif Pasukan Polis Marin membuahkan hasil,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya