PBS korbankan logo sendiri demi solidariti di bawah GRS

PBS korbankan logo sendiri demi solidariti di bawah GRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) memutuskan untuk bertanding di bawah logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Langkah itu menunjukkan kesudian PBS sebagai salah satu komponen parti dalam GRS mengorbankan logo parti sendiri atas semangat solidariti.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, penggunaan logo GRS telah diputuskan dalam kalangan parti-parti komponen GRS.

“Demi perpaduan dan solidariti, kita akan menggunakan logo GRS. Tiada masalah jika kita menggunakan logo tersebut.

“Namun, kita masih akan menggunakan bendera (PBS) apabila turun ke kawasan,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBS hari ini.

Menurut penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu itu berkata, segala keputusan yang dibuat adalah atas semangat solidariti.

Maximus berkata, sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri, parti itu akan bergerak di bawah payung GRS.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun 2020, langkah PBS bertanding di bawah logo sendiri membolehkan parti itu meraih kemenangan di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PBS pernah bernaung di bawah payung Barisan Nasional sebelum parti itu bertindak keluar daripada Barisan Nasional selepas PRU14 dan menyertai GRS pada PRN Sabah yang diadakan pada September 2020.

Mengulas lanjut katanya, calon-calon PBS masih belum diputuskan kerana GRS perlu berunding bersama Barisan Nasional dalam isu agihan kerusi.

Jelas beliau, agihan kerusi belum diputuskan kerana Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan GRS mempunyai hasrat sendiri untuk bertanding di kerusi Parlimen yang diinginkan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya