Pasar Terapung Sri Tanjung rancakkan ekonomi Kepulauan Tumpat

Pasar Terapung Sri Tanjung rancakkan ekonomi Kepulauan Tumpat

SEORANG peniaga melayan pelanggan yang memberi makanan di gerainya di Pasar Terapung Sri Tanjung, Tumpat, Kelantan. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kewujudan Pasar Terapung Sri Tanjung yang merupakan produk terbaharu pelanco­ngan di negeri ini merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Kepulauan Tumpat, di sini.

Pasar terletak di Teluk Renjuna di sini itu menjadi lokasi ketiga di negeri ini selepas Pasar Terapung Pulau Suri (Tumpat) dan Pengkalan Datu (Kota Bharu).

Meskipun baru memulakan operasi Mei lalu, pasar terapung ini yang dibuka setiap Jumaat dan Sabtu itu menerima pe­ngunjung antara 1,000 hingga 2,000 pengunjung sehari.

ORANG ramai sedang menjamu selera di kawasan yang disediakan di Pasar Terapung Sri Tanjung, Tumpat, Kelantan. – FOTO/ROHANA ISMAIL

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik tapak, Saidi Mamat@Ghani, 50, berkata, kewujudan pasar ini bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk yang rata-ranya be­kerja sebagai nelayan, buruh kampung dan golongan wanita pula suri rumah.

“Setakat ini kita mempu­nyai 27 peniaga yang menjual pelbagai aneka makanan tradisi masyarakat di Kepulauan Tumpat seperti lokan bakar dan kerabu nipah.

“Daripada jumlah tersebut, 13 individu berada di dalam bot dan selebihnya di kawasan gerai yang terletak di tebing sungai,” katanya.

Saidi memberitahu, setiap pengunjung yang singgah di Pasar Terapung Sri Tanjung di­kenakan bayaran masuk RM1.

Katanya, kelebihan pasar ini berbanding lokasi lain adalah dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan, tapak perkhemahan, bilik penginapan, restoran, kayak dan bot.

“Untuk ke Pasar Terapung Sri Tanjung, pengunjung perlu menaiki bot tambang di jeti Kok Majid (Tumpat) dan jeti Kuala Besar (Kota Bharu).

“Selain pemandangan menarik, setiap pengunjung dapat melihat sendiri kehidupan masyarakat di Kepulauan Tumpat yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bot galah untuk ke kawasan daratan,” ujarnya. – UTUSAN

INFO

» Beroperasi hari Jumaat bermula pada pukul 2 hingga 5 petang, manakala Sabtu pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

» Pengunjung boleh menyewa rumah inap, mengelilingi kampung menggunakan basikal, berkayak dan menaiki bot menyelusuri pulau-pulau di sungai Kelantan.

» Tambang RM5 sehala (Jeti Kok Majid) dan RM3 sehala (Jeti Kuala Besar).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya