Nilai risiko sebelum bersetuju - Nas-T

Nilai risiko sebelum bersetuju – Nas-T

NAS-T
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nas-T mencadangkan kepada pelakon agar menolak sekiranya diarahkan melakukan sebarang aksi berbahaya di luar kemampuan dalam projek filem atau drama.

Kata pelakon berusia 39 tahun itu, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa di set penggambaran.

“Pengarah sepatutnya menggunakan khidmat pakar untuk lagak ngeri kerana bukan semua pelakon boleh melakukan aksi berbahaya.

“Saya, walaupun berpengalaman melakukan aksi lasak akan menilai terlebih dahulu risiko sebelum bersetuju melakonkan babak ekstrem.

“Contohnya, kalau diminta terjun bangunan, kita tidak sewenang-wenangnya buat. Banyak perkara yang perlu kita teliti kerana ia melibatkan keselamatan.

“Kalau perkara itu di luar kemampuan, lebih baik elakkan,” katanya usai tayangan perdana drama siri mini Astana di ibu kota, baru-baru ini.

Nas-T mengulas tentang kejadian menimpa pelakon, Wafarina yang bedepan kecederaan selepas melakukan aksi lasak ketika menjayakan penggambaran sebuah drama di Lenggong, Perak.

Pada masa sama, Nas-T juga meminta syarikat produksi agar tidak terlepas pandang soal keselamatan pelakon dan kru produksi ketika bekerja di set penggambaran.

Katanya, penyediaan insurans adalah keperluan dan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan penerbit.

“Pelakon atau kru produksi perlu diinsuranskan. Penerbit yang bagus tidak akan terlepas pandang perkara itu.

“Pelakon juga kena tahu hak mereka dan bijak membuat pilihan. Keselamatan adalah perkara paling utama, justeru mereka kena bersuara jika dipaksa melakukan sesuatu yang di luar kemampuan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya