Nik Muhammad Zawawi sah pertahan kerusi Pasir Puteh

Nik Muhammad Zawawi sah pertahan kerusi Pasir Puteh

NIK Muhammad Zawawi Salleh ( dua dari kiri) bersama Tuan Mohd. Saripudin (dua kanan) bersama ayam organik yang diagihkan kepada peserta ternakan organik komuniti pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Ternakan Dan Pertanian Organik Ternakan Peringkat Negeri Kelantan di Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Penyandang kerusi Parlimen Pasir Puteh dari Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh mengesahkan kekal bertanding mempertahan kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengesahan itu sekali gus menutup spekulasi beliau akan ke Parlimen, Besut, Terengganu sepertimana yang tersebar sebelum ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata, keputusan tersebut sudah mendapat restu daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Saya sudah memutuskan untuk kekal dan memberi perkhidmatan kepada rakyat di Pasir Puteh dan.

“Sejujurnya, saya tidak berminat meninggalkan kawasan ini. Saya tidak perlu ke kawasan lain sekalipun ia lokasi selamat dan mampu memberi kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Ternakan Dan Pertanian Organik Ternakan Peringkat Negeri Kelantan di Bandar Tok Janggut, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Dewan Ulamak Pas itu disebut-sebut bertanding di Besut bagi memberi laluan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail untuk ‘naik’ pangkat.

Nik Muhammad Zawawi memberitahu, bagaimanapun kedudukan tersebut bergantung sepenuhnya kepada sokongan dan pilihan rakyat pada PRU15.

Katanya, ia bakal menentukan kesimbanungan tugas untuk memikul amanah rakyat dan meneruskan perkhidmatan sebagaimana sebelumnya.

Sementara itu, Tuan Mohd. Saripudin mengesahkan perkara tersebut dan menafikan dia ke Parlimen Pasir Puteh.

Katanya, beliaumasih meneruskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN Selising dan 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya