Naratif banjir kerana pembangkang belum sedia PRU15 - Utusan Malaysia

Naratif banjir kerana pembangkang belum sedia PRU15

SHAHIDAN Kassim (tiga dari kiri) menyerahkan sijil kepada salah seorang murid sewaktu Majlis Jom Derma Darah di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Naratif pembangkang yang sering memainkan isu banjir untuk menyerang UMNO menggambarkan mereka tidak bersedia dan takut untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pembangkang boleh bermain segala isu bagi menyerang UMNO, namun mereka tidak membuat sebarang persediaan dalam menghadapi bencana.

Katanya, Jabatan Meteorologi sememangnya mengeluarkan amaran hujan lebih lebat berbanding tahun lalu namun ia bukan bermaksud bencana banjir akan berlaku seperti digembar-gemburkan pembangkang.

“Kami di pihak kerajaan sememangnya telah buat persediaan dan yang penting sekali apa pula pembangkang buat untuk hadapi banjir?

“Tengok macam apa yang jadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), jadi jangan kata orang sangat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jom Derma Darah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah di sini semalam.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai naratif banjir yang dimainkan pembangkang bagi melengah-lengahkan PRU15 dengan merujuk kepada insiden banjir kilat di LTAPP pada minggu lalu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini turut mengakui banjir kilat yang berlaku di lapangan terbang itu sebagai amat memalukan.

Sejak kebelakangan ini, pembangkang dilihat lantang menolak desakan UMNO bagi menyegerakan pelaksanaan PRU15 pada tahun ini dengan menggunakan alasan banjir.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) turut menganjurkan protes ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ bagi membantah hasrat PRU15 diadakan lebih awal pada musim tengkujuh.

Malah, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli juga melancarkan petisyen membantah PRU15 diadakan pada musim tengkujuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya