Najib tidak dibenarkan keluar kenyataan dalam penjara

Najib tidak dibenarkan keluar kenyataan dalam penjara

SUPRI Hashim bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di Banda Hilir, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Komisioner Penjara Supri Hashim berkata, setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang telah dikeluarkan olehnya.

Jelasnya, hal ini kerana banduan dilarang sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Banduan tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan. Sekiranya terdapat surat atau dokumen yang hendak dikeluarkan, maka Jabatan Penjara akan menapis terlebih dahulu.

“Hendak hantar surat kepada keluarga pun akan ditapis. Tetapi kalau melalui peguam (kenyataan) tidak boleh buat apalah.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut. Kita (Jabatan Penjara) tiada kaitan dengan program politik kerana kita akan melaksanakan tanggungjawab walau siapapun kerajaan yang memerintah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd..

Baru-baru ini, akaun laman sosial Facebook Najib yang memiliki pengikut seramai 4.6 juta orang dikesan kembali aktif dengan hantaran-hantaran terbaharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapakah individu yang menggunakan akaun media sosial tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya