Muhamad Shafee lepas bebas tuduhan pengibahan wang haram

Muhamad Shafee lepas bebas tuduhan pengubahan wang haram

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tingi di sini sebentar tadi melepaskan dan membebaskan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada pertuduhan dua pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berhubung penerimaan wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin turut melepas dan membebaskan peguam itu daripada dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa wang RM9.5 juta adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Saya dapati tiada keterangan langsung menunjukkan kesalahan predikat (kesalahan asal) yang menunjukkan dua keping cek diterima adalah hasil aktiviti haram.

“Sebaliknya saksi pendakwaan sendiri ketika disoal balas telah mengesahkan bahawa tiada aktiviti haram berlaku ketika cek-cek diterima dan cek-cek itu bukan hasil aktiviti haram.

“Daripada segala keterangan di hadapan saya, saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil tertuduh (Muhammad Shafee) untuk membela diri bagi kesemua pertuduhan,” kata Hakim Muhammad Jamil.

Sehuhungan itu, Muhammsd Shafee didakwa terhadap dua tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik bekas Perdana Menteri yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.
Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau juga berhadapan dua tuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul.
Penyata itu bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Muhammad Shafee didakwa melakukan kesalahan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015.

Bagi pertuduhan ini, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya