Mesyuarat khas SPR tentukan tarikh penting PRU15, DUN Bugaya

Mesyuarat khas SPR tentukan tarikh penting PRU-15, DUN Bugaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada satu tarikh yang  bakal dimaklumkan.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia berikutan pengisytiharan pembubaran Parlimen Penggal ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong. 

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan turut mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.

Katanya, serentak itu, permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU15, kini dibuka serta-merta. 

“Tarikh tutup permohonan pula akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada masa sama, Ikmalrudin berkata,  permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera  dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my.

Borang berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan. 

Katanya, alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR jua.

“Bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) & 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal berikut: 

https://myspr.spr.gov.my/login,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya