Meninggal dunia ketika daki Gunung Pulai 

Meninggal dunia ketika daki Gunung Pulai 

ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa turun mangsa yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Pulai di Kampung Sri Gunung Pulai, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Pulai di Kampung Sri Gunung Pulai, di sini pagi tadi.

Tee Kok Soon, 55, pengsan selepas kira-kira 300 meter mendaki sebelum disahkan meninggal dunia.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Mohd. Khairil Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 pagi.

Seramai tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dengan sebuah ‘fire rescue tender’ (FRT) dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati seorang lelaki  pengsan di atas gunung ketika melakukan aktiviti pendakian.

“Mangsa dipercayai mendaki secara berkumpulan ke puncak gunung itu, namun dikatakan pengsan selepas melakukan pendakian kira-kira 300 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Anggotanya bergerak ke lokasi menaiki kenderaan orang awam dan membawa mangsa turun ke kaki gunung.

Apabila tiba di kaki gunung, petugas Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan dan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 12.15 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya