MBSJ lancar program Iltizam Prihatin berbentuk bakul makanan

MBSJ lancar program Iltizam Prihatin berbentuk sumbangan bakul makanan

MBSJ
JOHARY Anuar melihat bakul makanan yang disediakan ketika melancarkan Program Iltizam Prihatin MBSJ sebagai bantuan awal kepada penduduk yang terlibat dalam sebarang bencana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil inisiatif menyediakan 200 bakul makanan melalui Program Iltizam Prihatin MBSJ sebagai bantuan awal kepada penduduk yang terlibat dalam sebarang bencana.

Inisiatif ini dilancarkan oleh Datuk Bandar MBSJ, Datuk Johary Anuar di Ibu Pejabat MBSJ yang turut dihadiri Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya, Noor Aznida Abdul Hamid, .

Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi gula, sardin, krimer manis, teh uncang, biskut serta pelbagai barang asas lain di mana MBSJ membelanjakan sebanyak RM10, 000 bagi projek pemulaan ini.

Program Iltizam Prihatin MBSJ ini turut dijayakan secara tanggungjawab sosial korporat bersama syarikat Best Marketing & Distribution Sdn Bhd yang turut menyumbang sebanyak 50 karton air mineral dan barang keperluan lain selain memberikan potongan harga istimewa terhadap pembelian barangan.

Keprihatinan syarikat korporat yang tampil untuk menyokong usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk amat dihargai dan diharap menjadi galakan kepada syarikat-syarikat lain untuk turut menyumbang.

Untuk makluman, dalam kejadian bencana banjir besar pada Disember 2021, sebanyak 13 Kampung Tradisi dan dua (2) kawasan taman perumahan di bawah kawasan pentadbiran MBSJ telah terlibat dan terkesan dengan kejadian bencana tersebut.

Lanjutan daripada perkara ini, MBSJ akan terus komited dalam membantu meringankan beban dengan menyalurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas melalui inisiatif Program Iltizam Prihatin MBSJ sekali gus menyokong aspirasi MBSJ “Leave No One Behind”. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya