KOTA BHARU: Malaysia akan kehilangan sumber pendapatan lebih RM15 bilion setahun menerusi industri getah sekiranya pekebun membuat keputusan menukar tanaman itu kepada kelapa sawit susulan kejatuhan harga komoditi berkenaan ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab. Rahman berkata, sebagai pengeluar getah asli berkualiti tinggi, tindakan itu memberi kesan kepada negara yang merupakan salah satu pengeksport utama komoditi itu di dunia. Katanya, pada masa yang sama, negara bakal kehilangan pelaburan dari luar negara jika perubahan itu berlaku. “PUGBM tidak menolak kemungkinan sektor berasaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya