Lion Air kembali terbang ke KLIA

Lion Air kembali terbang ke KLIA

PESAWAT Lion Air mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor setelah menyambung semula penerbangan baru-baru ini. - IHSAN MAHB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Operator udara komersial terbesar Indonesia, Lion Air kembali menyambung siri penerbangan rutinnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 Berdasarkan semakan laman sesawang berita penerbangan global terkenal, Aero Routes, Lion Air menyambung semula operasi berjadual harian bermula pada 12 Oktober lalu.

Ia berlepas setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda iaitu terminal udara ketiga terbesar di Indonesia pukul 8.30 pagi dan tiba di KLIA pukul 12.10 tengah hari.

 Ia menggunakan kod JT168 manakala penerbangan balik dari KLIA dengan kod JT169 pula berlepas pukul 1 petang dan tiba di sana pada pukul 2.40 petang waktu Indonesia Barat.

 “Selamat kembali Lion Air atau kod JT ke KLIA! Ia bakal mengendalikan penerbangan harian Surabaya-Kuala Lumpur melalui pesawat Boeing 737-800,” nukil hantaran Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pentadbir akaun agensi itu.

 Terdahulu, Lion Air yang diuruskan oleh PT Lion Mentari Airlines itu terpaksa menggantung penerbangan ke KLIA pada 2020 susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya