Lelaki ugut peniaga bayar wang perlindungan

Lelaki ugut peniaga bayar wang perlindungan

A A ANBALAGAN (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang dirampas dipercayai digunakan lelaki untuk mengugut peniaga di sekitar daerah tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ugut guna pistol jika tidak bayar wang perlindungan. 

Itu dilakukan seorang lelaki berusia 42 tahun yang melakukan pemerasan terhadap peniaga terutamanya mempunyai pekerja asing di sekitar daerah ini.

Bagaimanapun, kegiatan suspek terbongkar selepas seorang peniaga membuat laporan polis, semalam. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa mendakwa diugut bunuh oleh suspek menerusi WhatsApp dengan menghantar gambar pistol dan peluru kepada mangsa bagi menakutkannya.

Katanya, difahamkan suspek bertindak demikian kerana mangsa enggan membayar wang perlindungan kepada suspek.

“Susulan itu, polis menahan lelaki berkenaan di sekitar daerah ini pada hari yang sama.

“Siasatan kemudian membawa kepada rampasan sepucuk pistol semi automatik berserta lapan butir peluru di Kajang,” katanya dalam sidang akhbar di Serdang hari ini. 

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki 10 rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman sehingga esok sebelum diserahkan kepada Ibu pejabat Daerah (IPD) Kajang bagi siasatan berhubung penemuan pistol.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971,”katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada suspek dininta tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya