Legenda rock ‘n’ roll, Jerry Lee Lewis meninggal dunia

Legenda rock ‘n’ roll, Jerry Lee Lewis meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi terkenal, Jerry Lee Lewis yang popular dengan lagu Great Balls of Fire menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.

Lewis meninggal dunia di kediamannya di Desoto County, Mississsippi di samping isteri ketujuhnya, Judith.

Berita kematian Lewis disahkan oleh ejennya selepas pengumuman palsu kematian mendiang yang dilaporkan dalam laman web gosip, TMZ sebelum ini.

Mendiang pernah menempa nama semasa zaman kegemilangan rock ‘n’ roll, selain kisah hidupnya dicemari dengan pelbagai skandal dan keganasan.

Kerjayanya terhenti seketika semasa berusia 22 tahun dan pernah berkahwin dengan sepupunya sendiri, Myra Gale Brown yang berusia 13 tahun ketika itu.

Ejennya menyifatkan Lewis sebagai ‘ikon terakhir yang hebat dalam kelahiran muzik rock ‘n’ roll’.

Dilahirkan pada 1935 di Ferriday, Louisiana, Lewis kemudian berpindah ke Memphis, Tennessee dan mendapat pekerjaan sebagai pemuzik studio untuk Sun Studios.

Lewis membuat penampilan sulung ketika berusia 14 tahun. Zaman kanak-kanaknya dikelilingi dengan muzik blues sehingga dia dilaporkan pernah menyelinap ke kelab malam Ferriday yang menampilkan pemuzik blues terbaik era itu.

Lewis pernah dipenjarakan di Memphis, Tennessee pada 1976 selepas didapati bersalah mengacukan pistol kerana mahu melihat Elvis Presley di luar rumah agam di Graceland.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya