Lebuhraya CSR di Kelantan siap akhir 2025 - Utusan Malaysia

Lebuhraya CSR di Kelantan siap akhir 2025

MUSTAPA Mohamed (tengah) melawat tapak projek CSR di sempadan Merapoh-Gua Musang, Kelantan, semalam. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pihak kerajaan akan memastikan Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai ke sempadan Pahang siap sepenuhnya pada akhir 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerja pembinaan yang membabitkan kos berjumlah RM3.2 bilion dan melibatkan jarak sepanjang 129.5 kilometer (km) itu sedang giat berjalan ketika ini.

Menurutnya, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan terdapat 10 sub pakej berjalan dengan baik kecuali satu pakej 3D di bulatan Gua Musang ke Mentara sejauh 10 km.

“Pakej 3D projek yang mengalami kelewatan itu disebabkan oleh beberapa masalah iaitu kekurangan pekerja dan bahan api diesel. Projek pakej 3D telah bermula sejak 2018.

“Jangkaan siap projek berkenaan pada 2024, namun isu utama sekarang ialah kekurangan pekerja,” katanya semasa mengadakan lawatan di tapak projek CSR di sempadan Merapoh-Gua Musang di sini semalam.

Ahli Parlimen Jeli itu memberitahu, wakil-wakil syarikat telah memberi taklimat dan kebanyakan mereka menyatakan masalah pekerja asing menjadi faktor projek terbengkalai dan lambat siap berbanding masa yang ditetapkan.

Katanya, tugas JKR memastikan setiap perancangan yang dibuat oleh kerajaan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Kerajaan negeri memaklumkan mereka ingin melihat semua projek jalan ini siap sepenuhnya sebelum akhir 2025. Kelantan sedang bersiap sedia untuk Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung 2026 dan mengikut perancangan sehingga akhir 2025 semua projek hendaklah siap sepenuhnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya