SERAMAI 97 murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Marang, Terengganu bersama tujuh guru pengiring menyertai program lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Kuala Terengganu, semalam.
Lawatan itu bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid terlibat di samping memberi perangsang kepada mereka untuk memulakan platform dalam bidang akademik yang baik, seterusnya menjadi contoh modal insan berguna pada masa depan.
Dalam program itu, murid-murid turut dibawa menikmati keindahan Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu sambil makan tengah hari sebelum bergerak pulang ke sekolah. – UTUSAN