Krisis Larry-Zuraida selesai sebelum 5 Nov. - Utusan Malaysia

Krisis Larry-Zuraida selesai sebelum 5 Nov.

ZURAIDA Kamaruddin mengumumkan PBM akan bertanding secara solo dalam sidang media khas Presiden PBM di Bukit Antarabangsa.-UTUSAN/Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Krisis dalaman Parti Bangsa Malaysia (PBM) membabitkan jawatan Presiden antara Datuk Zuraida Kamaruddin dan Larry Sng Wei Shien akan diselesaikan sebelum 5 November ini.

Zuraida berkata, mesyuarat dalaman akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memutuskan siapakah yang layak untuk memegang jawatan Presiden PBM.

“Segala isu termasuk Presiden PBM akan diselesaikan secara dalaman sebelum 5 November ini,” katanya ringkas pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PBM, Ukay Perdana Ampang, di sini, hari ini.

Ketika ditanya adakah Zuraida dan Larry mempunyai krisis dalaman, beliau hanya berkata perkara itu turut akan dibincangkan di peringkat dalaman parti.

Dilaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), Mohd Nawardi Saad sebelum ini berkata, Larry Sng masih lagi presiden PBM.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, Larry masih presiden dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti.

Malah, Larry sebelum ini turut menegaskan yang dirinya tidak pernah meletak atau melepaskan jawatan sebagai presiden parti itu selain memaklumkan akan bertanding menggunakan logo PBM pada pilihan raya umum ke-15 (PRU) bulan depan.

Katanya, beliau masih presiden parti yang sah seperti dalam rekod JPPM yang mana beliau dipilih sebagai presiden pada mesyuarat khas persidangan agung parti itu bagi penggal 2021-2024 yang berlangsung di Sibu, Sarawak pada 8 Januari lalu.

Semalam, Larry turut menggantung 13 Ahli Majlis Tertinggi PBM iaitu Zuraida; Haniza; Daroyah Alwi; Rahimah Majid; Sathiskumar Govindaraju; Muhammad Saiful Bahari Sahari; Na’im Brundage; Abdul Aziz Abdul Kadir; Zakaria Abdul Rahim; Muniraa Abu Bakar; Chua Lian Chye; Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Begitu juga Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid yang turut digantung pada Khamis lalu berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut mengenai isu penggantungan itu, Zuraida turut berkata, isu tersebut turut akan diselesaikan di peringkat dalaman.

Dalam pada itu, beliau yang juga penyandang ahli parlimen Ampang turut berkata, PBM akan terus bergerak solo tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti pada PRU15 ini.

”PBM dalam PRU15 ini akan bertanding secara solo dan tidak bergabung dengan coalation lain,” ujarnya.

Pada PRU kali ini, PBM akan bertanding di enam Parlimen iaitu Ampang, Tebrau, Segamat, Julau, Lahad Datu dan Kuala Langat serta satu Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Malim Nawar, Perak. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya