Kerusi panas Titiwangsa, GTA letak Khairuddin Abu Hassan bertanding - Utusan Malaysia

Kerusi panas Titiwangsa, GTA letak Khairuddin Abu Hassan bertanding

CALON GTA bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Khairuddin Abu Hassan ketika diumumkan di Ibu Pejabat Pejuang Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menjadi pertaruhan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk merebut kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Kerusi berkenaan sekali gus menyaksikan pertembungan beberapa nama besar iaitu bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk Barisan Nasional (BN).

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad turut mengesahkan bertanding di kerusi Parlimen itu pada hari pengundian 19 November ini selepas tiga penggal bertanding di Parlimen Shah Alam.

Pas juga dijangka merebut kerusi itu dengan meletakkan calon seorang doktor gigi, Dr. Rosni Adam untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN).

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selain dirinya yang bakal mempertahan kerusi Parlimen Langkawi, nama lain ialah Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bakal mempertahan kerusi Jerlun.

DR. Mahathir Mohamad pada sidang akhbar khas Gerakan Tanah Air (GTA) di Ibu pejabat Pejuang di Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Beliau yang juga Pengerusi Pejuang berkata, selain itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Datin Che Asmah Ibrahim (Sepang) dan Mior Nor Haidir Suhaimi (Tapah).

“Calon lain termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar (Hulu Selangor); ADUN Jeram, Mohd. Shaid Rosli (Kuala Selangor) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Titiwangsa),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, setakat ini, GTA sudah memuktamadkan 100 kerusi Parlimen kecuali Johor dan Sabah, namun jika dua negeri itu selesai maka ia akan melebihi 120 kerusi.

Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan mengumumkan senarai penuh calon Parlimen pada 2 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya