Kerjasama BN-GRS dimuktamadkan dalam masa terdekat

Kerjasama BN-GRS dimuktamadkan dalam masa terdekat

BUNG MOKHTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen pada hari ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelancaran jentera pilihan raya BN di beberapa bahagian telah pun diadakan dan akan diteruskan di beberapa zon sahaja lagi.

Beliau berkata, rundingan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15 sedang berjalan dengan baik dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, calon-calon yang akan mewakili BN Sabah pada PRU15 telah dikenal pasti dan senarai calon akan dimuktamadkan dan diserahkan kepada BN Pusat selepas rundingan bersana GRS selesai.

Menerusi siri jelajah Gelombang Biru dan pelancaran jentera BN yang diadakan, beliau yakin sokongan rakyat di peringkat akar umbi terhadap BN begitu baik dan ia diharap dapat membantu mengekalkan kemenangan BN Sabah agar dapat menyumbang banyak kerusi untuk membolehkan BN menawan Putrajaya.

Bung Moktar berkata, keputusan pembubaran Parlimen ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob amat tepat pada masanya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Biarlah rakyat memilih kerajaan baharu yang mampu membawa kepada kestabilan politik negara.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu berkata, pembubaran ini juga akan menghentikan tohmahan daripad beberapa pihak yang mengatakan kerajaan hari ini sebagai kerajaan ‘Pintu Belakang’.

“Justeru, PRU kali ini rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang akan menerajui negara, konsep fikir sebelum undi penting bagi mewujudkan kestabilan politik agar tidak mengulangi episod PRU14 yang memilih parti yang gagal membawa kestabilan politik dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut katanya, dalam usaha memulihkan ekonomi, negara ini memerlukan politik yang stabil bagi menarik kemasukan lebih ramai pelabur ke Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya