Kecemerlangan UMS diutamakan

Kecemerlangan UMS diutamakan

KASIM (kiri) menerima nota serah tugas daripada Taufiq (dua kanan) sambil disaksikan Nurlaila (dua kiri) dan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar (tepi kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Kasim Mansor, berjanji akan meneruskan agenda kecemerlangan universiti tersebut di Majlis Serah Tugas Naib Canselor UMS di Dewan Bankuasi, UMS, baru-baru ini.

Beliau memaklumkan, bahawa pengalaman sebelum ini akan beliau terapkan ke dalam kepimpinan selaku naib canselor yang ketujuh bagi mempertingkatkan lagi kecemerlangan UMS di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Keutamaan akan diberikan kepada hal-hal yang berkaitan dengan tugas utama sebagai ahli akademik dengan mempertingkatkan penyelidikan yang berimpak tinggi,” katanya lagi.

Kasim turut mengatakan antara perancangan yang akan datang termasuklah meningkatkan geran penyelidikan.

Beliau memaklumkan bahawa perancangan tersebut bukan hanya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) malah juga dari kalangan pihak industri dalam dan luar negara.

“Sebagai universiti komprehensif, penyelidikan UMS akan merangkumi pelbagai aspek termasuk isu kemiskinan, kebudayaan, sains marin, perhutanan, pertanian, bioteknologi, minyak dan gas serta bidang-bidang lain yang berkaitan.

“UMS juga sentiasa bersedia untuk menyumbang dari segi kepakaran, penyelidikan dan buah fikiran kepada negara khususnya kepada negeri Sabah,” tambah beliau lagi .

Menurut pernyataan dari UMS, penyerahan tugas pada majlis tersebut, melibatkan mantan naib canselor keenam Prof. Datuk ChM Ts. Dr.Taufiq Yap Yun Hin kepada Kasim.

Pernyataan tersebut memaklumkan, penyerahan tugas tersebut turut disaksikan Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Nurlaila Said yang mewakili Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan pada hari tersebut.

Sementara itu Dr. Kasim  mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Mohd Noor di pejabatnya di sini, kelmarin. Kunjungan tersebut merupakan kali yang pertama selepas lantikan Kasim sebagai Naib Canselor ke-7 pada 3 Oktober lalu.
Antara yang dibincangkan termasuklah kesediaan UMS dalam membantu kerajaan negeri Sabah untuk menjayakan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya