Kanak-kanak tersepit kepala di celah batu balkoni - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tersepit kepala di celah batu balkoni

KEADAAN kanak-kanak yang tersepit kepala di celah batu balkoni rumah di Taman Samudera, Seri Manjung hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tindakan seorang kanak-kanak berusia empat tahun bermain dengan memasukkan kepala di celah hiasan batu balkoni rumahnya di Taman Samudera dekat sini mengundang padah apabila kepalanya tersepit di hiasan tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.33 pagi tadi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung yang tiba di tempat kejadian mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu tersepit di balkoni atas rumah teres dua tingkat di taman perumahan tersebut.

“Tindakan anggota kemudian mengeluarkan kanak-kanak yang tersepit kepala pada balkoni  tanpa menggunakan sebarang peralatan khas sehingga berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Yusop Daud itu tamat sepenuhnya pada pukul 10.52 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya