Juruteknik pecah masuk pejabat

Juruteknik pecah masuk pejabat

A A ANBALAGAN (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dicuri hasil kegiatan memecah masuk pejabat oleh lelaki warga emas di sekitar Lembah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang juruteknik warga emas apabila dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah masuk pejabat di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 61 tahun itu bekerja sebagai juruteknik pendawaian kamera litar tertutup (CCTV) sebuah syarikat di Lembah Klang itu melakukan aktiviti jenayah di premis yang pernah mendapatkan perkhidmatannya. 

Katanya, suspek mengambil masa satu hingga dua bulan untuk meninjau keadaan premis pejabat sebelum melakukan jenayahnya. 

“Suspek melakukan aktiviti pecah masuk pada waktu pagi iaitu pada hari cuti umum dan hujung minggu.

“Siasatan mendapati lelaki terbabit melakukan aktiviti jenayah secara solo dan aktif sejak awal tahun ini membabitkan kes di daerah Serdang, Petaling Jaya, Brickfields, Sentul dan Shah Alam,” katanya kepada pemberita di Serdang hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati lelaki itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan pernah menjalani hukuman penjara kerana memiliki barang curi.

Ujar beliau, suspek koni direman selama tujuh hari sehingga 11 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya