Jangan hanya menang sorak

Jangan hanya menang sorak

MD. Jais Sarday (duduk, tengah) bersama Ramli Karim (duduk, empat dari kiri) dan Ahli Jawatankuasa Persekutuan Melayu Kluang selepas Majlis Himpunan Melayu Daerah Kluang di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Orang Melayu diingatkan supaya tidak hanya menang sorak, namun akhirnya kampung tergadai jika terus hidup dalam perpecahan sesama sendiri. 

Perbezaan fahaman politik bukan bermakna tidak perlu bersatu padu, namun apa yang harus dilakukan adalah merapatkan ukhuwah supaya ikatan sesama bangsa tidak membolehkan orang Melayu terpinggir di tanah air sendiri. 

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md. Jais Sarday berkata, sejarah hitam ketika negara dijajah sehingga ratusan tahun dahulu perlu dijadikan iktibar dan tidak lagi diulangi selepas lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan. 

“Oleh yang demikian, hindarilah perpecahan sesama kita, hidup dalam suasana harmoni serta saling hormat antara satu sama lain tanpa perlu merosakkan ikatan satu bangsa. 

“Pada akhirnya, ia bukan memberikan keuntungan kepada kita namun sebaliknya generasi akan datang yang menanggung akibatnya,” katanya ketika menghadiri Majlis Himpunan Melayu Daerah Kluang anjuran Persekutuan Melayu Kluang di sini, malam tadi. 

Tegasnya, menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 

Katanya, tanpa perpaduan sesama sendiri, hak keistimewaan orang Melayu mungkin akan terhakis sedikit demi sedikit dan ketika itu nanti pasti akan menyedari kepentingan bersatu padu namun ia sudah terlambat. 

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persekutuan Melayu Kluang, Ramli Karim berkata, matlamat menghimpunkan orang Melayu di Kluang adalah sebagai usaha menyatupadukan kaum tersebut.

“Kita berharap perhimpunan ini dapat memberikan kesedaran tentang pentingnya kesatuan orang Melayu dalam memartabatkan bangsa di Kluang ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya