Jangan bertindak sesuka hati, polis rakam video, gambar PRU15

Jangan bertindak sesuka hati, polis rakam video, gambar sepanjang PRU15

ANGGOTA pasukan keselamatan mengadakan simulasi latihan LSF IPD Ipoh di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak akan meningkatkan pemantauan termasuk merakam video dan gambar bagi semua acara atau himpunan parti politik sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, rakaman tersebut dibuat bagi mengelak salah faham masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu sekiranya berlaku provokasi di satu-satu kawasan.

Malah beliau berkata, semua anggota diingatkan agar menjalankan tugas dengan profesional dan berhemah berpandukan peruntukan undang-undang.

“Sekarang, orang ramai mempunyai telefon di mana gambar dan video boleh diambil bila-bila masa. Jadi, mereka (anggota) perlu pastikan tugasan dijalankan secara profesional.

“Bagi mengelakkan salah faham dan ia juga dilihat sebagai satu keperluan, polis akan mengambil gambar penugasan bagi memastikan semua berjalan lancar serta mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas Simulasi Latihan Amal Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Stadium Indera Mulia di sini hari
ini.

Menurut Mohd. Yusri, polis Perak khususnya IPD Ipoh telah bersiapsiaga dalam menghadapi penugasan dengan kekuatan 1,567 pegawai dan anggota.

Katanya, mereka akan melaksanakan tugas sepanjang fasa penamaan calon, tempoh berkempen, hari undi awal, hari mengundi dan pasca pilihan raya bagi menjaga keselamatan 150 buah pusat mengundi dan 982 saluran di tiga kawasan Parlimen dan dua Parlimen bertindih.

“IPD Ipoh telah menjalani latihan amal iaitu simulasi LSF bagi pegawai dan anggota di mana ia adalah lanjutan daripada kesiapsiagaan kontinjen Perak bagi menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Diharap dengan latihan dan kursus yang diadakan ini dapat meningkatkan keyakinan dan kesiapsiagaan mereka bagi menghadapi segala kemungkinan sepanjang tempoh itu nanti,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya