‘Inilah Muhammad Bilal’ - Neelofa akhirnya kongsi wajah anak

‘Inilah Muhammad Bilal’ – Neelofa akhirnya kongsi wajah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekian lama memegang pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anaknya, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd. Noor akhirnya berkongsi foto serta rakaman video cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris di Instagram, sebentar tadi.

Dalam hantaran yang dimuat naik sejam lalu itu, Neelofa berkongsi rakaman foto dari awal kelahiran Bilal dan ia menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut di laman sosial terbabit.

Menerusi perkongsian itu juga, Neelofa menyifatkan kehadiran Bilal sebagai antara kecintaan tertinggi dan teragung dalam kehidupannya.

Neelofa yang menggelarkan dirinya sebagai ummi turut menyifatkan kelahiran Bilal sebagai hadiah berharga yang dikurniakan Allah kepada dirinya dan suami, Muhammad Haris Ismail yang tiada tolok bandingnya di dunia ini.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka, apatah lagi sewaktu mereka kecil.

“Bilal anak ummi sayang… Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.

“Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mata. Syukur yang tiada penghujung pada-Mu ya Allah,” tulis Neelofa dalam hantaran sama.

Dalam hantaran itu juga, bekas pengacara Meletop tersebut turut mendoakan Bilal menjadi asbab agama tersebar di seluruh alam.

“Terima kasih wahai Allah yang menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga afiyyah sentiasa untuknya, semoga fakih dia dalam agama,” tulisnya.

Semalam, Neelofa dilapor meluahkan rasa terkilan dan tersinggung atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah anaknya itu melalui aplikasi TikTok.

Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya sebagai ibu dan kecewa apabila keputusannya untuk memperkenalkan Bilal pada masa yang sesuai tidak dihormati.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya