Ibu tak sempat tonton konsert Rizky Febian

Ibu tak sempat tonton konsert Rizky Febian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Impian saya adalah untuk membawa arwah ibu menonton konsert saya”.

Itu antara luahan yang dikongsikan penyanyi negara seberang, Rizky Febian yang menjayakan konsert Rizky Febian Live In Kuala Lumpur di di Zepp KL, malam tadi.

Bagaimanapun kata Rizky, dia bersyukur kerana kedukaan itu sedikit terubat apabila buat kali pertama, bapanya yang juga pelawak dan pelakon terkenal, Sule serta adik-beradiknya hadir menyaksikan konsert tersebut.

“Penyesalan seumur hidup saya adalah apabila tidak berupaya memberikan kebahagiaan dan kasih sayang kepada ibu bapa.

“Pada satu ketika, saya pernah jarang berjumpa orang tua kerana fokus mengejar impian demi mengangkat darjat mereka.

“Tetapi, saya sedar, semuanya sia-sia. Begitupun, sayang saya untuk ayah yang ada di sini malam ini,” katanya.

Ibunya, Lina Jubaedah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Januari 2000 di Bandung kerana komplikasi kesihatan.

Kira-kira 2,400 peminat penyanyi lagu Cuek itu hadir menyaksikan persembahan Rizky yang julung kali diadakan di negara ini.

Rizky, secara tanpa henti membawakan 16 lagu hits antaranya Hingga Tua Bersama, Menari, Berpisah Itu Mudah, Mantra Cinta dan banyak lagi.

Sementara itu, Rizky, ketika sidang media yang diadakan pagi semalam meluahkan rasa terharu dengan sambutan peminat terhadap konsert tersebut.

Ujar Rizky atau nama sebenarnya, Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, dia terkejut dengan penjualan tiket yang habis ditempah dalam masa singkat.

“Saya gembira dengan penerimaan peminat terhadap kehadiran saya ke sini. Jujur, saya tidak menyangka tiket konsert habis terjual dalam tempoh satu jam.

“Saya ingin berterima kasih kepada peminat di Malaysia dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya