Harga tiket Konsert Radja dan Repvblik diturunkan

Harga tiket Konsert Radja dan Repvblik diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prihatin dengan permintaan, selain ingin memberi peluang lebih ramai penonton berhibur bersama-sama, penganjur konsert dua kumpulan terkenal Indonesia, Radja dan Repvblik memutuskan untuk menawarkan harga tiket berkonsepkan beli satu percuma satu.

Perubahan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan ramai mengenai tiket Konsert Radja dan Repvblik Live In Kuala Lumpur di WTC Kuala Lumpur pada 13 November depan dikatakan terlalu tinggi sehingga peminat putus harapan dan berbelah-bahagi untuk hadir.

Selain itu, pihak penganjur turut mengambil langkah mengurangkan harga tiket sehingga RM100 bagi zon satu, dua dan tiga, manakala zon tiga, empat dan lima dikurangkan RM50.

Kedatangan dua kumpulan terkenal dari negara seberang itu sangat dinantikan kerana kedua-duanya mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Radja dikenali menerusi lagu seperti Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta, manakala Repvblik popular dengan lagu Sandiwara Cinta yang sememangnya menjadi siulan peminat.

Peminat yang ingin menyaksikan buat kali pertama dua kumpulan popular bergabung di atas satu pentas boleh mendapatkan tiket menerusi ilassotickets.com.

Berikut harga terkini konsert tersebut:

Zon 1- RM598- B1F1 (setiket RM299)
Zon 2- RM698- B1F1 (setiket RM349)
Zon 3- RM498- B1FI (setiket RM249)
Zon 4- RM398- B1F1 (setiket RM199)
Zon 5- RM298- B1F1 (setiket RM149)
Zon 6- RM198- B1FI (setiket RM99)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya