Harga tiket bas pulang mengundi kekal

Harga tiket bas pulang mengundi kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar harga tiket bas untuk perjalanan semua destinasi semasa musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kekal sepertimana ditetapkan pada hari-hari biasa.

Presiden Persatuan Bas Seluruh Bas Malaysia, Datuk Mohammad Asfar Ali berkata, walaupun permintaan tiket bas amat tinggi sepanjang musim itu, harga tambang tidak berubah.

“Kerajaan menetapkan RM0.093 sen sekilometer bagi tambang bas ekonomi ekpres sejak 2008.

“Maka memang harga tiket kekal termasuk untuk pelajar yang pulang mengundi nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.

Terdahulu, setiap institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memberi pelepasan kepada pelajar mereka pada 17 hingga 21 November ini untuk pulang mengundi pada PRU-15.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua IPT membenarkan pelajar mereka untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing selama lima hari.

Mohammad Asfar Ali

Sementara itu, Mohammad Asfar berkata, keperluan penambahan jumlah bas adalah berdasarkan permintaan daripada penumpang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penumpang yang merancang pulang untuk mengundipada PRU-15, membuat tempahan atau membeli tiket bas awal, bukannya pada saat akhir.

“Jika bas tidak mencukupi,  barulah pengusaha bas membuat permohonan bagi Lesen Perubahan Sementara (LPS)  daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Ini membolehkan mereka melakukan penambahan bas di  bawah syarikat mereka,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya