Hanifa Maidin belum pasti kekal di Sepang

Hanifa Maidin belum pasti kekal di Sepang

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Nasib penyandang kerusi Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin kekal bertanding di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih samar apabila nama beliau belum tentu dicalonkan di situ.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, pemilihan calon tersebut boleh berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Kata Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, dalam Amanah terlalu ramai pemimpin berkelayakan untuk diketengahkan sebagai calon.

“Belum tentu (Hanipa) di Sepang. Calon boleh berubah daripada masa ke semasa mengikut keperluan,” katanya ketika ditemui selepas siri Jelajah Mega Harapan peringkat negeri ini di tapak pasar lama di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Hanipa kekal bertanding di Sepang atau berpindah ke kerusi Parlimen lain dalam PRU15.

Sebelum itu, media melaporkan Hanipa besar kemungkinan digugurkan sebagai calon dalam PRU15 dan akan digantikan dengan pemimpin lain dalam Amanah.

Portal berita FMT yang memetik sumber terdekat berkait perkara itu dilaporkan berkata,  parti bercadang mengetengahkan Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Sabu yang pencalonannya dijangka diumum pada tempoh terdekat.

Sumber tersebut berkata, parti bercadang menggugurkan Hanipa yang dua penggal di kerusi berkenaan atas alasan kesihatan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Amanah mensasarkan bertanding sekitar 50 kerusi Parlimen dalam PRU15.

“Pengumuman calon Amanah itu akan diputuskan pada 30 November ini,” kata bekas Menteri Pertahanan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, PH mensasarkan menang lebih 112 kerusi Parlimen dalam pilihan raya nanti sekali gus membentuk Kerajaan Pusat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya