GV9: Tomok gugat kedudukan selesa Jaclyn Victor

GV9: Tomok gugat kedudukan selesa Jaclyn Victor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Penyanyi, Tomok, merampas kedudukan selesa Jaclyn Victor apabila meraih tempat pertama pada persaingan minggu keenam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), malam tadi.

Membawakan lagu Everybody nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys (BSB), Tomok meraih markah 84 peratus, sekali gus membawa pulang anugerah Bintang Memukau Adabi dengan menerima wang tunai RM1,000 dan produk bernilai RM500.

Jaclyn bagaimanapun, masih mampu menarik nafas lega apabila kekal berada pada kedudukan selesa dengan meraih tempat kedua menerusi persembahan bertenaganya membawakan lagu Bukan Rayuan Gombal, nyanyian asal Judika.

Pentas GV9 minggu ini menyaksikan tiada peserta tersingkir berikutan ketiadaan Dina Nadzir yang tidak dapat bertanding selepas menerima berita duka pemergian bapanya, awal pagi semalam.

Dia sepatutnya membawakan lagu Januari yang dipopularkan Glenn Fredly, namun slot persembahan itu diambil alih rakan seperjuangannya iaitu Tom, Jaclyn dan Shila Amzah sebagai tanda sokongan.

Dina turut mendapat pengecualian daripada pihak produksi GV9 apabila diumumkan mara pada persaingan minggu hadapan.

Sementara itu, Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi Tomok berdasarkan undian penonton, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000.

Jaclyn pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak apabila meraih undian tertinggi penonton dan membawa pulang produk jenama tersebut.

Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu keenam:

TOMOK : 84.00
JACLYN VICTOR : 82.40
SHILA AMZAH : 76.60
BOB YUSOF : 76.40
HAZRUL NIZAM : 74.30
VE : 73.60
FUAD RAHMAN : 73.10
TOM : 63.50
ASHEED DEF GAB C : 59.90
DINA NADZIR: 0.00

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN