SHAH ALAM: Selepas kerap berada pada kedudukan tercorot, Tom akhirnya akur apabila diumumkan tersingkir pada minggu ketujuh program Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, malam tadi.
Lebih menyedihkan apabila penyingkiran Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram berlaku ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-36, hari ini.
Walaupun tersingkir, Tom bersyukur diberi peluang menyertai program realiti bersama rakan artis berbakat besar lain yang sentiasa memberikan saingat sengit pada setiap minggu.
“Saya ucap terima kasih kepada Datuk Ramli MS, bonda Hetty Koes Endang dan produksi GV kerana melalui program ini saya dapat berjumpa dengan anak sulung yang sudah terpisah sejak lapan tahun lalu.
“Saya ada tiga anak tetapi hanya dua yang tinggal bersama,” katanya yang membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak.
Sekiranya mara pada minggu hadapan, Tom bakal membawakan lagu Di Penjara Janji nyanyian Datuk Awie.
Sementara itu, Bob melakar catatan peribadi apabila menduduki tangga pertama, seterusnya mara ke minggu hadapan dengan persembahan bertemakan Kata Dikota, Nama Di Carta.
Bob menggondol dua anugerah serentak iaitu Bintang Memukau Adabi dan menerima wang tunai RM1,000 serta barangan Adabi bernilai RM500.
Dia turut membawa pulang gelaran juara Next Level Digi untuk minggu ketujuh berdasarkan undian peminat dan membawa pulang RM1,000.
Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu ketujuh:
1. Bob Yusof
2. Shila Amzah
4. Tomok
5. Dina Nadzir
6. VE
7. Jaclyn Victor
8. Hazrul Nizam
9. Asheed Def Gab C
10. Fuad Rahman
11. Tom