GV9: Elly Mazlein tampil berkerusi roda

GV9: Elly Mazlein tampil berkerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengacara Gegar Vaganza (GV) kesembilan, Elly Mazlein tampil berkerusi roda semasa mengendalikan persaingan minggu ketujuh program realiti tersebut, malam ini.

Difahamkan Elly Mazlein yang mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom berdepan kecederaan lutut ketika menjalani penggambaran drama bersiri Gila Viral, petang tadi.

Sepanjang mengacara GV sejak minggu pertama, Elly sentiasa kelihatan cergas dengan aksi lincahnya di atas pentas.

Akibat masalah tersebut, gandingan rakan pengacaranya, Nabil Ahmad secara berseloroh kelihatan gembira dengan keadaan tersebut kerana tidak perlu lagi berkejaran dengan Elly.

 

Elly dalam satu hantaran di Instagram, berterima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta produksi Radius One kerana membantunya ketika berdepan masalah tersebut.

Elly bagaimanapun, memaklumkan kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius.

GV9 mula bersiaran sejak 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam pada setiap Ahad.

Terdahulu, Bob Yusof diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu ketujuh berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya