GTA hasrat tampilkan lebih 30 peratus calon anak muda PRU-15.

GTA hasrat tampilkan lebih 30 peratus calon anak muda PRU-15.

MAHATHIR Mohamad ketika hadir pada program Suara Tanah Air di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) berhasrat untuk menampilkan lebih 30 peratus calon muda bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya berharap dapat calonkan 30 peratus calon muda dalam kalangan ahli GTA, namun ia terpulang pada bakat yang ada.

“Jika peratusan itu tidak mencukupi kerana tidak ada bakat sesuai, kami tidak akan kecewa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, GTA memaklumkan mereka berhasrat untuk bertanding di 120 kerusi daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang khususnya di kerusi majoriti Melayu dan kawasan tradisi UMNO 

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, beliau difahamkan, sudah 12 kluster diwujudkan dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong GTA.

Menurutnya, kluster itu penting bagi memilih wakil sesuai yang akan berada dalam pimpinan pentadbiran GTA.

“Kami tidak letakkan semua ketua NGO dalam pimpinan GTA, sebaliknya ahli-ahli NGO ini akan memilih wakil yang mereka mahu. Buat masa ini, 12 kluster NGO sudah dikenal pasti,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan pendaftaran GTA oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Dr. Mahathir berkata, proses itu masih berjalan dan ia mungkin dapat diselesaikan bulan ini.

“Kami dimaklumkan tiada masalah untuk mereka (RoS) daftarkan GTA kerana kita mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ada.

“Kita harap ia cepat didaftarkan sebelum pilihan raya nanti. Jika ia tidak dapat didaftarkan, kita masih ada Plan B tapi kita tidak boleh dedahkan buat masa ini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya