Gabungan Mahathir-Anwar sudah tidak relevan

Gabungan Mahathir-Anwar sudah tidak relevan

SHAHIDAN Kassim ketika berucap di hadapan masyarakat India ketika majlis sambutan Deepavali di SJKC Sin Min, Arau, Perlis.- UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merealisasikan usaha kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) disifatkan tidak mampu lagi menarik sokongan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pakatan tersebut pernah membentuk kerajaan pada 2018 namun gabungan tersebut hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Katanya, apa yang terjadi selepas pakatan itu membentuk kerajaan hanyalah menyebabkan  ‘kecederaan’ ekonomi dan politik negara  selain gagal menguruskan pandemik Covid-19.

“Kita bernasib baik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat lebih berjaya mengetuai kerajaan yang lebih stabil selain menguruskan krisis kesihatan Covid-19 dengan jayanya.

“Selain itu, kerajaan pimpinan Ismail Sabri berjaya memulihkan ekonomi negara ketika memerintah,” katanya ketika ditemui semasa majlis sambutan Deepavali peringkat Parlimen Arau di SJKC Sin Min di Pauh di sini hari ini.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan hasrat Dr. Mahathir untuk bertemu Anwar dalam usaha menjalinkan kerjasama semula dengan PH.

Shahidan berkata, PH yang membentuk kerajaan pada 2018 telah menyebabkan kegagalan pentadbiran negara dan mereka hanya bertahan hanya dalam tempoh 22 bulan.

“Apa mereka dapat adalah kegagalan pentadbiran negara. Apakah rakyat Malaysia lupa atau adakah rakyat Malaysia ingin mengembalikan sejarah di mana mereka (Mahathir-Anwar) bersatu menjatuhkan kita (kerajaan BN) dan lepas tu buat kelam-kabut,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya