Fattah Amin, Tomok antara penerima anugerah dekan UUM - Utusan Malaysia

Fattah Amin, Tomok antara penerima anugerah dekan UUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha keras dan komitmen berterusan melayakkan 28 penggiat seni yang juga penuntut semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Anugerah Dekan.

Anugerah itu disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, di sini hari ini.

Antara selebriti tanah air yang tersenarai adalah Fattah Amin, Tomok, Amir Masdi, Aril Pilus, Pekin dan Haziq AF.

Pekin ketika ditemui meluahkan perasaan syukur dan gembira dengan pencapaian yang diraih setelah berhempas-pulas membahagikan masa antara pelajaran dan tuntutan kerjaya sebagai pelakon, pengarah serta penerbit.

“Semuanya bergantung kepada diri sendiri, sama ada mahu teruskan belajar atau tidak. Usia dan kekangan kewangan bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam bidang akademik.

“Selepas enam tahun bergelut membahagikan masa antara pelajaran dan kerja industri, akhirnya saya berjaya menerima Anugerah Dekan. Insya-Allah saya akan bergelar graduan UUM pada majlis konvokesyen yang diadakan tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Amir pula menyifatkan penat lelahnya sepanjang pengajian terbalas dengan penganugerahan tersebut.

“Meskipun masih berbaki satu semester sebelum tamat pengajian, saya gembira dengan pencapaian ini. Saya berusaha untuk habiskan pelajaran agar dapat menghadiri konvokesyen bersama rakan-rakan lain pada tahun depan.

“Saya berterima kasih kepada keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan jadual kerja dan belajar saya,” katanya.

Kesemua selebriti tersebut adalah antara lebih 40 pelajar bidang berkenaan yang mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) yang dilaksanakan selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya