Exco Pahang terlibat kemalangan

Exco Pahang terlibat kemalangan

KEADAAN kenderaan dipandu Norolazali Sulaiman selepas terbabas di Kilometer 49.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan berpusing sebelum berhenti di tengah jalan.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang di Kilometer 49.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak itu berlaku ketika beliau dan keluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Ketika ditemui, Norolazali berkata, semasa kejadian, beliau bersama isteri dan dua anak dalam perjalanan ke Kuantan selepas menjenguk anak sulungnya di Selangor.

“Tiba di lokasi kejadian, saya hilang kawalan kerana hujan, jalan licin menyebabkan kereta melanggar pembahagi jalan, kemudian berpusing dan berhenti di tengah jalan.

“Alhamdulillah, kami semua selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya, pada masa yang sama, sebuah kenderaan jenis Toyota Innova telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Honda CRV yang dipandunya.

Katanya, dia difahamkan, pemandu Toyota Innova berkenaan tidak mengalami cedera, namun kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya