Exco ganti Suraya akan dipersembah kepada Sultan Kedah

Nama calon Exco ganti Suraya akan dipersembah kepada Sultan Kedah

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (berdiri, dua dari kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani MoU Kedah Aerotropolis antara KXP Airport City Holding dengan 10 rakan strategik di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mempersembah nama calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang baharu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam masa terdekat. 

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, hanya satu nama akan dikemuka bagi menggantikan Datuk Suraya Yaacob yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri. 

“Pelantikan Exco ini bukanlah rumit tapi ada langkah-langkahnya, saya kena hantar pemakluman kepada Sultan dan perlu mohon perkenan untuk buat penggantian, kemudian saya kena memohon perkenan Tuanku nama bagi menggantikan beliau (Suraya).

“Selepas mendapat perkenan, saya kena cari tarikh untuk angkat sumpah. Proses itu sedang berjalan, saya harap sempat sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), jika tidak sempat saya akan jawab soalan berkaitan portfolio berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kedah Aerotropolis antara KXP Airport City Holding dengan 10 rakan strategik di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. 

Khamis lalu, Suraya dalam kenyataan akhbarnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kedah berkuatkuasa serta-merta.

Ketika ditanya calon parti mana yang akan menggantikan Suraya, Muhammad Sanusi berkata, sudah tentu ianya bukan daripada UMNO memandangkan parti itu sudah memutuskan kerjasama dengan Pas.

“Parti lain tak dak dah. UMNO tak duduk dengan saya dah dia nak rampas kerajaan hari ni, dia (Barisan Nasional) cakap kelmarin. Takkan kita bagi dia rampas.

“Nama calon memang ada, sekiranya Sultan tidak perkenan kita ganti dengan nama lain jadi ia belum dapat didedahkan sebelum mendapat perkenan Sultan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya