Enam tahun menyepi, Rihanna muncul dengan single Lift Me Up

Enam tahun menyepi, Rihanna muncul dengan single Lift Me Up

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Selepas enam tahun menyepi, penyanyi, Rihanna mengumumkan kelahiran single terbaharunya yang turut menjadi runut bunyi filem sekuel, Black Panther.

Single berjudul Lift Me Up dilancarkan Jumaat lalu, selepas penyanyi itu memberi bayangan kepulangannya ke arena muzik di media sosial, awal minggu ini.

Lagu tersebut bakal muncul dalam filem terbitan Marvel Studios, Black Panther: Wakanda Forever yang akan ditayangkan November ini.

Pengarah, Ryan Coogler berkata, penglibatan Rihanna dalam projek tersebut bagi menghormati mendiang pelakon, Chadwick Boseman.

“Sejujurnya saya fikirkan Boseman. Banyak perkara yang tidak mungkin berlaku dan Rihanna adalah penyanyi yang jelas dan layak untuk menggalas tanggungjawab itu.

“Kami tahu Rihanna berada pada titik kehidupan dengan memberikan tumpuan kepada perkara berbeza. Dia mempunyai perniagaan dan jiwa keibuan yang menjadi tema besar dalam filem ini. Kami menaruh harapan besar terhadapnya,” katanya.

Single tersebut ditulis Rihanna, Coogler dan penyanyi kelahiran Nigeria, Tems serta komposer dari Sweden, Ludwig Goransson.

Boseman membintangi filem Black Panther pertama dan pernah muncul dalam Da 5 Bloods, 21 Bridges serta filem biografi, James Brown Get On Up.

Mendiang meninggal dunia pada 2020, empat tahun selepas disahkan menghidap kanser kolon.

Tahun lalu, Boseman dicalonkan secara anumerta bagi Anugerah Oscar menerusi persembahannya dalam Black Bottom karya Ma Rainey.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya