Empangan Machap buat pelepasan air secara berperingkat

Empangan Machap buat pelepasan air secara berperingkat

PELEPASAN air di Empangan Machap berikutan paras air melepasi paras berjaga-jaga pukul 8.30 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Berikutan paras air di Empangan Machap sudah melepasi paras berjaga-jaga, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kluang akan melepaskan air takungan secara berperingkat bermula hari ini.

Tindakan itu dilakukan bagi menyediakan ruang kepada taburan hujan yang turun sepanjang tempoh musim tengkujuh ini.

Jurutera Daerah JPS Kluang, Dhiya Ruzanna Ab. Wahid berkata, pelepasan air Empangan Machap akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 8.30 pagi tadi sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) bagi menjaga integriti keselamatan struktur empangan.

Katanya, pelepasan air empangan akan menyebabkan paras Sungai Benut meningkat dan beberapa kawasan rendah dijangka akan terkesan seperti Kampung Kolam Air dan Kampung Sungai Linau.

“Pelepasan air empangan akan dihentikan buat sementara waktu sekiranya kami mendapat laporan Sungai Benut di daerah Pontian menerima jumlah hujan yang banyak dan menunjukkan trend aras air yang meningkat.

“Paras air sehingga pukul 8 pagi tadi adalah 16.80 meter manakala taburan hujan sebanyak 26.50 milimeter manakala aras takungan normal serta alur limpah setinggi 15.85 meter,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Dhiya Ruzanna, kebenaran melepaskan air dilakukan selepas mendapat kelulusan daripada Pengawai Daerah Kluang, Jamaludin A Hamid.

Ujarnya lagi, mengikut SOP kawalan banjir empangan, paras normal adalah 15.85 meter, berjaga-jaga (16.70 meter), amaran (17.10 meter) dan paras bahaya (17.40 meter).

“Bukaan pintu untuk pelepasan air adalah 9.1 peratus (300 milimeter bersamaan 6.17 meter padu air sesaat pada pintu 2 manakala pintu 1 dan 3 ditutup,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya