Dua remaja maut motosikal bergesel sesama sendiri

Dua remaja maut motosikal bergesel sesama sendiri

KEADAAN kemalangan yang meragut nyawa dua remaja di Kilometer 111.3 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tindakan empat remaja lelaki dipercayai menguji kelajuan motosikal masing-masing berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas bergesel sesama sendiri dalam kemalangan di Kilometer 111.3 Lebuhraya Utara Selatan,di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, empat remaja terbabit menunggang empat buah motosikal dari arah Sungai Petani menghala ke Butterworth di Pulau Pinang.

“Mangsa berusia 16 tahun dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala dua lagi rakan mereka berusia 18 tahun dan 19 tahun cedera parah.

“Siasatan mendapati semua mereka menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat sebelum hilang kawalan dan bergesel sesama sendiri. Kejadian itu menyebabkan motosikal ditunggang terbabas di tengah lebuh raya dan dua daripada mereka meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata Zaidy, kedua-dua mayat dibawa ke unit forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

 Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya