Dua pelajar UCTATI maut, seorang cedera dalam kemalangan

Dua pelajar UCTATI maut, seorang cedera kemalangan di Kemaman

KEADAAN Perodua Kancil yang dinaiki tiga pelajar UCTATI yang terlibat dalam kemalangan di  Kilometer 145 Jalan lama Kuala Terengganu-Kuantan dekat Teluk Kalong, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Dua pelajar Kolej Universiti TATI (UCTATI) maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 145 Jalan lama Kuala Terengganu-Kuantan dekat persimpangan Perwaja Steel, Teluk Kalong, dekat sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu, Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Muhammad Amirul Adli Mohd. Anuar, 18, ketika sedang menerima rawatan di Hospital Kemaman. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari Kemaman Supply Base (KSB) Teluk Kalong menghala ke Paka, manakala tiga pelajar UCTATI tersebut menghala ke bandar Chukai. 

“Siasatan awal mendapati ketika Toyota Holux sedang meneruskan perjalanan, Perodua Kancil yang dipandu Muhamad Muttaqin Zainal, 18, tiba-tiba masuk ke simpang kanan secara mengejut. 

“Ekoran jarak yang terlalu dekat, pacuan empat roda  melanggar rusuk di sebelah kiri Perodua Kancil menyebabkan kenderaan itu terseret kira-kira 21 meter. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya