Dua menara telekomunikasi baharu dibina Tasik Kenyir

Dua menara telekomunikasi baharu dibina Tasik Kenyir

PEMBINAAN dua menara telekomunikasi baharu akan meningkatkan capaian telekomunikasi dan internet di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU:  Masalah capaian telekomunikasi dan internet yang lemah di Tasik Kenyir dekat sini akan selesai apabila dua menara telekomunikasi baharu akan dibina di kawasan pelancongan itu pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Ulitili dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, ketika ini hanya terdapat tiga menara telekomunikasi di tasik tersebut iaitu di Pulau Camar, Tanjung Betung dan Pulau Bayas.

“Tidak dinafikan liputan capaian telekomunkasi di Tasik Kenyir buat masa ini masih lemah apabila tiga menara telekomunikasi yang ada ketika ini belum cukup untuk tingkatkan jaringan telekomunikasi dan internet di kawasan tasik seluas kira-kira 38,000 hektar.

“Capaian telekomunikasi di destinasi pelancongan ini penting untuk memberi keselesaan kepada  pelancong yang bercuti di tasik itu.

“Kita akan perluaskannya dengan penambahan dua lagi menara telekomunkasi baharu selepas ini dan pembinaanya mengambil sedikit masa kerana berapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu termasuk tapak yang sesuai kerana melibatkan hutan simpan, selain kos,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mamad berkata, sebanyak 66 menara telekomunikasi baharu dijangka beroperasi di Terengganu menjelang tahun hadapan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara(Jendela).

Katanya lagi, sebanyak dua syarikat telah dilantik kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi Mulitimedia Malaysia(MCMC) dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Dua syarikat yang dilantik itu adalah Theta Telecoms Sdn. Bhd. serta  Felda FGV Prodata,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya