Dua Ayub, Latif, Halim, Razali dicalonkan semula?

Dua Ayub, Latif, Halim, Razali dicalonkan semula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hangat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian.

Di Johor, beberapa nama pemimpin Barisan Nasional (BN) dikatakan diberi peluang lagi untuk bertanding.

Selain Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sudah pasti bertanding semula, antara pemimpin lain disebut-sebut ialah dua Ayub, iaitu Datuk Ayub Rahmat dan Ayub Jamil.

Ayub Rahmat yang tewas di Parlimen Sekijang pada PRU14 dijangka diberi peluang lagi untuk merampas kerusi tersebut.

Walaupun tewas, Ayub tetap meneruskan gerak kerja dan sosok pemimpin ini disenangi masyarakat, terutama para pengundi di kawasan berkenaan kerana sentiasa membantu rakyat. Malah, ada masyarakat yang ‘menganggap’ beliau sebagai ‘wakil rakyat sebenar’ di kawasan berkenaan.

Ayub Jamil pula dikata dicalonkan bagi merampas kerusi Parlimen Batu Pahat selepas tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu bagi memberi laluan kepada Datuk Mohd. Puad Zarkashi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit yang diwakilinya sebelum ini.

Bekas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor ini diyakini mampu merampas semula Parlimen Batu Pahat jika dicalonkan.

Cakap-cakap politik turut menyebut nama Datuk Latif Bandi dan Datuk Abdul Halim Suleiman mungkin dipertimbang untuk dicalonkan semula kerana mempunyai peluang lebih cerah merampas semula beberapa kerusi.

Latif yang juga bekas ADUN Endau dikatakan dicalonkan di kerusi Parlimen Mersing untuk berdepan penyandang, Datuk Dr. Latiff Ahmad yang ‘berhijrah’ ke Bersatu selepas memenangi kerusi tersebut di bawah tiket UMNO pada PRU14.

Abdul Halim, bekas ADUN Puteri Wangsa pula dikatakan mampu membawa cabaran BN di Parlimen Pasir Gudang untuk merampas kerusi tersebut daripada Hassan Abdul Karim yang mewakili PKR.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Razali Ibrahim turut disebut-sebut mungkin dicalonkan semula. Namun, bukan di Parlimen Muar, sebaliknya diberi kepercayaan untuk berdepan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya