Daripada jurutera kepada usahawan bertih jagung

Daripada jurutera kepada usahawan bertih jagung

aim
ANIS Husna menunjukkan cara-cara membuat bertih jagung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Niat asalnya hanya mahu membantu suami mencari pendapatan sampingan bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.

Tidak terlintas di hati Anis Husna  Anuar, 31, untuk terlibat secara serius dalam dunia perniagaan tambahan lagi dia sendiri mempunyai kerjaya yang stabil sebagai jurutera produk di sebuah kilang elektronik di Bemban, Batu Gajah.

Namun siapa sangka, niat murni itu menjadi titik tolak ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini untuk menceburi bidang perniagaan sehingga bergelar usahawan bertih jagung di bawah jenama ‘Hangkoot’.

“Selain mahu menolong suami mencari pendapatan sampingan, titik tolak saya ketika itu juga adalah kerana anak.

“Sebagai seorang ibu yang bekerja, sukar untuk saya memberi tumpuan kepada anak jika dia tidak sihat. Ketika itu, setiap bulan anak demam dan hati saya tidak tenteram apabila di tempat kerja,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng di sini baru-baru ini.

Menurutnya, idea untuk berniaga bertih jagung itu bermula daripada suaminya, Hazril Izzham Roszairi, 29, yang merupakan penggemar kudapan tersebut.

Katanya, mereka kemudian belajar cara menghasilkan bertih jagung itu daripada seorang rakan sehingga akhirnya yakin untuk memasarkan produk berkenaan.

“Memang diakui pada fasa permulaan, kesukaran memang ada. Cita-cita kami besar untuk memiliki premis dan mesin sendiri namun ketika itu modal amat terhad, jadi kami bermula dari rumah.

“Hampir setahun proses pembuatan dan pembungkusan dilakukan di rumah. Apabila perniagaan makin maju dan ejen serta stokis semakin bertambah, kami mula berpindah ke premis yang lebih selesa.

“Kami tidak naik secara drastik tetapi mendaki satu persatu. Memang hampir putus asa apabila berhadapan dengan kekangan modal, namun itu tidak langsung menjadi halangan untuk kami terus
mengorak langkah,” katanya.

“Dalam tempoh setahun, saya berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu perniagaan, saya sertai macam-macam kursus. Suami memang banyak bantu dan memberi sokongan penuh.

“Melihat usaha saya, keluarga akhirnya menerima dan kini mereka antara yang kuat memberi sokongan kepada apa yang saya dan suami usahakan kini,” katanya.

Anis Husna berkata, kejayaan yang diraihnya kini merupakan hasil daripada bantuan dan bimbingan Amanah ikhtiar Malaysia (AIM).

Katanya, selain suntikan modal, AIM turut membantu dari segi sokongan moral dan bimbingan perniagaan melalui kerjasama dengan pelbagai agensi.

AIM juga turut menyediakan bimbingan ke arah pensijilan halal bagi menambahkan keyakinan penggemar dan menjamin kebersihan serta keselamatan produk bertih jagungnya.

“Menerusi bantuan modal oleh AIM, hasil jualan ‘popcorn’ daripada RM9,000 sebulan meningkat antara RM18,000 ke RM20,000.

“Selain mempunyai ejen dan stokis di seluruh negara, kami juga menggunakan sistem consignment di mana sehingga kini telah mempunyai hampir 200 rakan niaga di seluruh Perak,” katanya.

Mereka yang berminat menjadi usahawan boleh melayari laman Instagram di hangkoot.hq atau Facebook, hangkoot official hq atau juga boleh menghubungi Anis di talian 013- 9763021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya